Sunday, May 20, 2012

Hakikat Tasawwuf


Bismillahi Walhamdulillah Wassolatu Wassalamu 'ala Sayyidina Rasulillah wa 'ala aalhi wasohbihi waman waalah, Amma ba'du...

Dalam proses pembentukan jati diri sebagai seorang pendakwah yang benar-benar bergerak atas landasan Sunnah baginda SAW maka perlulah ia menghayati dan meng'amalkan 2 perkara asas yang penting ini: 

1)Akhlak 
2)Adab


Telah berkata Al-Imam Az-Zahid Muhammad Abd Rauf Al-Munawi RH: "Tasawwuf ialah mazhab akhlak dan amalan.


Berkata Al-Imam Sayyid Al-Badawi RH: "Tasawwuf bukan semata-mata zuhud atau berpakaian dengan pakaian sufi, sesungguhnya tasawwuf itu ialah amalan, mujahadah dan akhlak"


Berkata As-Syeikh Muhammad bin ja'far Al-Kattani RH: "Tasawwuf itu ialah akhlak-akhlak, maka barangsiapa yang bertambah atasnya akhlak maka bertambahlah ke atasnya tasawwuf".


Berkata As-Syeikh Abu Al-Husain An-Nuri RH: "Tasawwuf ialah berakhlak dengan Akhlak (yang diredhai) oleh Allah SWT dan ia bukanlah satu penulisan atau keilmuan tetapi ia adalah akhlak-akhlak. Jikalau penulisan ia akan terhasil dengan latihan, dan jikalau keilmuan akan terhasil dengan pembelajaran, akan tetapi tasawwuf akan terhasil apabila kita berakhlak dengan akhlak (yang diredhai) oleh Allah SWT tuhan sekalian 'alam".


Berkata Abu Hafs An-Naisaburi RH: "Tasawwuf itu sekeliannya ialah adab bagi setiap waktu punyai adab, bagi setiap kedudukan juga punyai adab, Maka Barangsiapa yang melazimi akan adab ia akan sampai ke tempat tuju para rijal-rijal, dan barangsiapa yang menyempitkan adab maka sebenarnya ia semakin jauh dari apa yang ia sangkakan dekat dan ditolak akan apa yang disangkannya diterima".


Sesungguhnya Tasawwuf itu ialah 'Al-Haq' iaitu Mulazamah akan Kitab Allah SWT dan Sunnah HabibunalMustofa Rasulillah SAW...meninggalkan segala tuntutan nafsu dan menjauhi bid'ah...Berterusan dalam wirid-wirid dan beramal dengan akhlak-akhlak yang mulia.


Mutiara-mutiara INDAH dari Kawakib Ad-durriyyah Fi Tarajim As-Saadati Sufiyyah...


BerAKHLAK sufi berMINDA haraki...
Berjalan Menuju ALLAH Rabbul Izzati...

Saturday, May 19, 2012

Kitalah Ummat Rasululllah SAW


Segala puji bagi Allah yang menciptakan dunia ini dan segala isinya dengan nikmat yang tidak terhitung banyaknya dan menjadikan Islam sebagai agama kita dan ummatnya, selawat dan salam ke atas kekasih hati yang sangat dirindui Rasulullah SAW serta ahli keluarga dan para sahabat baginda yang diredhai sekaliannya.

Kita hidup di penghujung usia dunia yang penuh dengan dugaan dan ujian,entah sempat entah tidak umur dunia ini mengjangkau  100 tahun lagi dengan tanda-tanda jelas kiamat-kiamat kecil yang telah banyak berlaku sejak kebelakangan ini berdalilkan kepada hadis-hadis baginda Rasulullah SAW.

Setiap manusia yang hidup tiada seorang pun yang akan tetap setia bersama dunia ini selamanya, semunya akan kembali menghadap sang penciptanya, Cuma bezanya ada yang telah pergi dan ada yang sedang menanti giliran yang memang sudah pasti suatu hari nanti.

Setiap hari hati akan terdetik dan akal akan berfikir tentang sesuatu yang baru sama ada berkait dengan perkara yang telah lepas atau yang akan datang,namun dalam setiap detikan hati dan fikiran akal itu wujudkah sekelumit risau dan bimbang akan ummat yang bertuah ini?

Kita adalah ummat yang terpilih dari kalangan ummat-ummat yang pernah dilahirkan didunia ini,kita ummat kepada insan yang paling agung dari seluruh alam ini iaitu baginda Rasulullah SAW dan kita di anugerahkan dengan pelbagai kelebihan dan ganjaran kerana menjadi ummat ini.

Sedarlah bahawa kitalah ummat itu,kitalah orang yang bertuah itu dan kitalah orang-orang yang terpilih itu, jika berlaku sesuatu pada ummat ini masakan kita tidak terasa dan tidak memikirkan tentangnya, kerana kita adalah sebahagian daripadanya dan kitalah yang akan masuk ke syurga bersama kekasih kita rasulullah SAW,ahli keluarga dan para sahabatnya di akhirat nanti InsyaAllah.

Berhentilah dari hanya bercerita serta berfikir tentang diri sendiri,ilmu sendiri, kekayaan sendiri, keinginan sendiri dan segalanya tentang diri sendiri, berilah sedikit ruang kepada akal dan hati untuk berfikir tentang ummat ini, nescaya diri tidak akan mampu berdiam diri dari melakukan sesuatu untuk ummat ini,diri tidak akan mampu membuang masa dengan urusan nafsu yang tak kunjung henti,diri tidak akan hanya berfikir untuk perut sendiri, bahkan segalanya adalah untuk Islam dan ummat yang bertuah ini.

Berilah ruang untuk hati dekat dengan Allah rabbul Izzati,
Berilah ruang untuk hati mencintai Rasulullah SAW yang dirindui,
Berilah ruang untuk hati menghayati kalimah “ummati..ummati”,
Berilah ruang untuk hati dan akal untuk risau dan fikir untuk ummat ini,
Mudah-mudahan ummat ini akan menjadi penghuni taman-taman firrdausi,
InsyaAllah dengan Izin Allah yang maha pengasih lagi maha pengasihani,

Sunday, May 6, 2012

Muqaddimah kelahiran...

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah wassolatu wassalamu 'ala sayyidina Habibinal Mustofa Rasulillah wa 'ala aalihi wasohbihi wa man waalah....